MY LIFE ! !

Followers

Visited


Wednesday, March 30, 2011

Deodorant Menyebabkan Tsunami !!!





          Fisrtly apa yang korang fikir bila baca tajuk entry aku ? Hahaha...
          Anda mesti tersenyum bila baca tajuk entry aku ni. Dan mungkin juga berkata 'Ah, mana mugkin.Biar betul.' Memang agak aneh tapi yang aneh tu belum tentu lagi tidak betul. Ok.. Jom aku tunjukan bagaimana fenomena pelik tersebut terjadi.

         Korang pasti tahu kan yang hampir semua deodoran a.k.a ubat ketiak dan pewangi dan banyak lagi menggunakan zat KLOROFLUOROKARBON atau lebih popular dengan panggilan CFC. Pada dasarnya, penggunaan CFC akan menghasilkan 2 reaksi. PERTAMA : Menghasiklan aerosol iaitu cairan yang berubah menjadi separuh gas. Bahan tersebutlah yang digunakan sebagai deodoran atau pewangi. Aerosol ni sepsial sikit sebab tu dia dijadikan bahan deodoran kerana dapat disembur dan boleh menyerap suhu.. 

          Penggunaan CFC berlebihan boleh mengakibatkan terjadinya penipisan ozon dan kebocoran ozon. Kebocoran lapisan ozon mengakibatkan sinar ultra violet menerobos terus ke bumi tanpa disaring terlebih dahulu dan mengakibatkan suhu menjadi lebih panas.

          Ketika terlepas ke udara CFC akan mencari tempat yang yang memiliki graviti paling ringan, iaitu kutub. Zat ini akan melayang dan terakumulasi hibgga menggerus lapisan ozon. Akibatnya ais kutub akan cair akibat terkena radiasi matahari yang sangat kuat. Seterunya, menyebabkan penambahan jumlah air laut.

        Di bawah samudera yang terbentang luas, kerak2 bumi bertasbih dengan terus berjalan = bergerak. Mereka mendapat tekanan dari magma yang ada di perut bumi untuk terus berjalan membentuk plat-plat yang stabil. Apabila jumlah air bertanbah secara automatiknya akan terjadi peningkatan tekanan. Pergerakan plat-plat bumi menjadi lebih cepat. Plat Laut (oceanic crust) dan Plat Benua (continental crust) akan bertemu dengan kelajuan melebihi normal. Dan akan terjadi pertembungan (fault zone) yang LEBIH DASYAT. Akibatnya, jadilah gempa bumi dan tsunami yang dasyat. 

        So, begitulah bagaimana ubat ketiak a.k.a deodoran mempunyai hubungan dengan tsunami.
Aku sure-lah korang mesti tak boleh hidup tanpa deodoran kesayangan korang tu begitu juga dengan aku. Tapi, kita mesti ingat masih ada cara tradisional yang masih kita boleh praktikan. Ya, aku tau susah sikit bab bukan sesuatu yang dah siap bila secara tradisional. Aku pon bukan nak buat benda2 yang menyusahkan aku kalau dah da option yang senang. Hehehe...


Well, it's depend on us what we want for our life or our eart...

Hanya Allah S.W.T yanf mengetahui....

p/s : so, korang decide lah nak yang macam mana. eh, sorry... me too....



Tuesday, March 22, 2011

Hey !!! Apa yang hitam tu???? Ewwww....




      Entry kali mengenai ubat yang ayah saya ambil dari seorang kawan dia. Kawan ayah saya ni berasal dari Indonesia. Ubat yang orang Indon tu bagi memang hitam gila.Saya rasa punggung belanga pun tak hitam maam tu.Hahaha. Masa mula2 saya  nak pakai saya pikir sepuluh kali gak. Bayangkan warna hitam pekat macam watercolour. Sapa yang nak lumurkan sampai 1 badan. Ewwww...

      Ubat tu sebenarnya ubat untuk adik saya.Adik saya tu start kena penyakit gatal2 badan semenjak hujung tahun lepas lagi. Mula2 ingatkan nak baik. Tapi makin lama makin teruk. Kadang2 macam nak bernanah dah. Da sekali tu kuar air dekat kaki dia sebab dia asyik garu. Last2 ayah saya pilih untuk minta orang Indon tu buat ubat supaya adik saya boleh sembuh secepatnya. Actully bukan adik saya saja kena penyakit gatal2 tu tapi saya dan 2 org lagi adik saya kena.Penyakit tu boleh berjangkit jika baju orang yang kena penyakit tu tidak diasingkin dari baju orang lain. Dan baju tersebut perlu dibasuh menggunalan air panas yang mendidih.Kalau nak senang rebus terus pun tak apa.
      Tapi korang jangan ingat pula ubat tu dijampi atau dibaca mentera. Tidak sama sekali. Ubat tu hasil campuran herba2 dan ubi(tapi tak tau jenis apa), limau, tembakau dan beberapa bahan yang tak sempat saya tanya.. Hehehehe.Kawan ayah saya kata ubat tu kalau ditambah beberapa lagi bahan akan menjadi ubat untuk kecantikan dan menjadikan kulit putih, bersih dan gebu. Dia kata juga ubat tersebut memang digunakan wanita indon untuk mencantikkan kulit. So, jangan hairanlah jika perempuan Indon memang gebu2...hehe

      Apa yang paling best pakai ubat ni ialah  boleh membuatkan badan saya menjadi putih. Woho.. Haha... Sekarang saya lebih putih dari Emma Watson.. Haha... : Someone cute plis slap me now.. Haha(Sis Nurulbadiah punya tagline)hehehe... Saya gurau je.Dia bagi putih tapi nak kena pakai dari semasa ke semasa. Kalau setakat pakai macam saya seminggu dua tu tokseh mimpi lah. Putih sikit ja bab dia akan buang daki di badan.


      Apa2 pun ubat tersebut memang terbaiklah. Sebab tidak mempunyai bahan kimia dan bertoksik. Ubat tersebut tidak mempunyai pantang larang yang pelik2 atau tak masuk akal. Pantang dia cuma pakai 3 kali berturut selama 3 kali mandi, tembakau jangan gosok di muka(nak mampos).....
See, simple je kan...
Ni saya nak tunjuk gambar ubat tersebut....






Nampak limau dan ubi tu saja sebab bahan lain orang Indon tu beli dalam bentuk serbuk...

Thanx for reading....

p/s : Entry ni saya bahasakan diri saya saya... Hehe Terasa janggal lak.. Bab selalu saya bahsakn diri saya aku... hehehe...

Sunday, March 20, 2011

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Musyrif Bin Maswan. InsyaALLAH Ogos nanti genaplah umur saya 16 tahun. Masih berbaki lebih kurang 5 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!




Diambil daripada  seorang pelajar Tingkata 4....


Teknik Memasak Kepada Yang Tidak Tahu Memasak

1. Sedarlah diri x reti memasak. Jangan memandai sorang2... silap2 ada yang  m.e.l.e.t.u.p. , t.e.r..b.a.k.a.r.r.o.s.a.k. atau dan sebagainya.
3. Buat dlm kuantiti yg teramat sedikit. xda sapa yg akan makan hasilnya kecuali kamu. lagipun, kalau teramat x sedap sampai x boleh makan, x la membazir sangat.
4. Too much of good stuff is bad stuff.
5. Bezakan antara "positive thinking" dengan "wishful thinking". Mungkin dlam kepala kita nmpak cam sedap tapi las2 x jadi. hihihi
6. Bila dapat hasilkan sesuatu yg edible, celebrate! yeah!    
Taken  from : Nurfasihah Abdul Razak
 

Saturday, March 19, 2011

Sejarah Penyakit Strok.





Pada zaman dahulu semasa zaman nabi Sulaiman A.S.


                 Semasa baginda mengadap segala rakyatnya (jin, manusia dan binatang) .Sulaiman berasa bangga pada diri. Lalu tertanya dalam hatinya, siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk padanya, lalu menjelma lembaga merah yang kelihatan gagah , hebat dan garang membuatkan Nabi Sulaiman A.S. terkejut dan menggeletar.


               Sulaiman  bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang berbahaya dari penyakit-penyakit  lain. Dia diberi kuasa untuk memberi kesakitan kepada anak cucu adam . Ia juga
 dapat  menyerap ke dalam urat saraf , darah dan otak sehingga seseorang itu 
hilang akal.
 
 
       Sulaiman A.S. mengarah panglima-panglimanya membunuh lembaga itu , 
namun ia berkata bahawa ia tidak boleh dibunuh oleh sesiapa pun,lalu ia 
menghilangkan diri. 
 
 
       Angin Ahmar masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari ini.
 
       Cucu  baginda, iaitu Saidina Hassan bin Ali yang  pernah 
terkena penyakit rongga dan keluar darah. Turunnya Malaikat Jibril memberitahu
bahawa  Hassan terkena penyakit Angin. 
 
      Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ia
 ghaib.  Sebentar kemudian kembali  memberitahu Rasulullah bahawa Allah 
 telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacakannya walaupun 
 sekali seumur hidup.
 
 
      Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh.
 Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada 
 umat Islam yang lain . Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah
 berusaha mengamalkan doa ini seberapa kerap, terutamanya selepas solat. Sesetengah
 ulama  menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk atau pingan putih, kemudian di
 basuh  dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang terkena penyakit.
 
 

Dicreditkan kepada : Amira Diyana

Rahsia Islam yang kini kian lenyap .

                 Pada masa ini ramai pihak yang ingin merosakkan Islam . Tengoklah Yahudi , kalau kita kaji tentang fahaman zionis memang tidak masuk dek akal langsung.

                Kalau nak tau kebanyakan cite kat tv tu dpa amik dalam Al-Quran tau dak. macam Terminator yang dikaitkan dengan yakjuj dan makjuj. Banyak lagi lah kalau nak tau yang kadang-kadang kite sendiri x perasaan.

                 Nie ada satu cite pasal firaun yang menjumpai bayi lelaki oleh isterinya di sungai. Anak laki dia conform  dia x bunuh , kecuali anak laki yang lein tu la dia takut nanti dia ditewaskan.

                 Bayi  yang dijumpai itu x dibunuh sebab firaun tu da penyakit kusta. Bayangkan dia baru sentuh bakul yang ada bayi itu penyakit dia terus sembuh. Sapa yang x syok tu la sebab dia x bunuh . Nie la benda yang kebanyakan orang x tau , sedih. Firaun tu x sangka bayi tu lah yang akan tentang dia nanti.


               Satu lagi mungkin kite sangka sekolah pondok lekeh la apalah . Tapi kat sana la banyak ilmu yang kita nak dapat , lain dari yang lain. Ilmu kat sana boleh kita guna untuk pertahankan agama kita nie.Jadi renung-renungkan lah. 


Diambil dari blog adik saya : http://adamdiyana.blogspot.com/

-==★★Ular Mati Selepas Mematuk Seorang Wanita Israel★★==--

        TEL AVIV- Seekor ular telah mati selepas mematuk buah dada seorang wanita di Israel. Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas , mendapati ular itu mati akibat keracunan silicon. Huish… itulah dahsyatnya ciptaan manusia yang boleh mematikan seekor binatang reptilian yang berbahaya lagi digeruni kebanyakkan manusia. Hahaha, padan la pun wanita itu bedah dadanya yang asli dan gantikannya dengan dada silikon . Jadi ingatlah jika mati disebabkan keracunan bias ular lebih baik dari seekor binatang mati kerana mengigit buah dada seorang wanita. Keh..keh…keh… berjaga-jagalah anda yang megubah ciptaan Yang Maha Esa. Kot-kot anak-anak anda anda ataupon orang yang tersayang tergigit. Itu sangat merbahaya .



p/s: Ingatlah wahai wanita diluar sana.Jangan sesekali mengubah citaan Yang Maha Esa. mMugkin Berita di atas menunjukkan suatu yang baik tapi membuat pembedahan plastik bukanlah sesuatu yang yang diredhai.




Monday, March 14, 2011

Mr.Children HANABI(LIVE)


HANABI- MR. CHILDREN.            

Video ni adik suka sangat...
Dia obses gila lah..
MAw boleh dia nak kita 'I LOVE U DAMN MUCH'....
HEHEHE...
Aku tengok cita dia pon best..
Ni OST cita CODE BLUE...
Ni sinopsis dia...
 
   If it can be treated one second earlier, the heart might start beating again.  
          If there is one extra helicopter, another life in danger may be saved.
If one more life can be saved, the Japanese medical community may regain trust.
There are more lives in this country that can be saved.
The "Doctor Helicopter" system was legalized in Japan in June 2007. A medical team is dispatched to the patients on a helicopter to provide medical care in the field as soon as possible. One day, four young physicians are assigned to this latest medical system. The doctors experience traumatic medical situations, deal with personal ambitions, witness the fragility of life, and they grow personally and professionally. --Fuji TV

 

" Show Me Your BFF Contest"







Doakan saya menang contest ni ye....
Insyaallah.....


Dear Nurulbadiah Lai,

Hai sis Nurulbadiah.Saya Anis Diyana.Above there is one my BFF.
Saya ceritakan serba sedikit mengenai BFF saya.Her name is Nur Zakiyah Zahirah.Saya anggap dia sebagai BFF saya kerana dia seorang sangat baik,manja(dengan kawan2 je..) dan suka membantu saya jika saya dalam kesusahan.Zakiyah juga sudi mendegar apa-apa masalah yang saya mahu kongsi dan menceritakan masalah saya kepadanya.Saya mula mengenali Zakiyah sejak di tingkatan 3.Zakiyah mula menjadi My BFF ketika saya kami berada di Tingktan 5.
Hehehe...

Actually,saya ni bukanlah seorang yang mudah nak menerima seseorang sebgai seorang BFF.
Bertapa bertuahnya Zakiyah sebab saya boleh menerimanya sebagai seorang BFF. 
(Alamak! Perasan la pulak...hahaha)
For your information,saya mempunyai 3 BFF dan Zakiyah merupakan salah seorg BFF saya.
Mereka semua saya anggap sebagai BFF selepas saya mengenali mereka selama 3 @ 4 tahun.
Erm~~~Lama tu..
Ok setakat ni saja saya mahu ceritakan serba sedikit mengenai BFF saya.
Kalau sis nak tahu lebih banyak boleh tanya saya.
Saya sudi story a little bit about them.

Sis,I'm hope I'll win...
Heehehe..
Thank you, sis Nurulbadiah Lai.



Saya tagkan kepada:

1.Nurulbadiah Lai
2.Borak kosong 
3.Niq Afnan (Farid Kamil Ehoza)
4.Cik Gksb






Sunday, March 6, 2011

~ A Necktie Heart Origami ~ *I like it !!



Rini nak promote cara wat NECKTIE HEART...

Aku suka origami ni..
Aku kalau boleh nak wat banyak2 bagi kat MY HUBBY..
Tapi mesti dia semak kalau aku bagi banyak2...
hehe...
Aku dah wat dah..
Memang jadi...
N totally nice...

Korang cuba la..< Tengah memaksa ni... hehe..
hehe...

Ni cara nak wat NECKTIE HEART...







Yang ni hasil yang aku dapat...
Yang ni aku yang buat..
Kalau naklebih cantik boleh guna kertas corak2...



Saturday, March 5, 2011

~ A Heart Check Origami ~



Ikut arajan seperti yang ditunjukan..
Jangan skip walaupun satu langkah..


Hasilnya:
I
I
I
I
I
...........

Inilah hasilnya :


~ HISTORY OF ORIGAMI ~

Origami (pronounced or-i-GA-me) is the Japanese art of paperfolding. "Ori" is the Japanese word for folding and "kami" is the Japanese word for paper. That is how origami got its name. However, origami did not start in Japan. It began in China in the first or second century and then spread to Japan sometime during the sixth century.



At first, there was very little paper available so only the rich could afford to do paperfolding. The Japanese found useful purposes for their origami. For example, the Samurai (sa-MURE-ay) would exchange gifts with a form known as a noshi
(NO-shee). This was a paper folded with a strip of dried fish or meat. It was considered a good luck token. Also, the Shinto Noblemen would celebrate weddings by wrapping glasses of sake or rice wine in butterfly forms that had been folded to represent the bride and groom.



As easier papermaking methods were developed, paper became less expensive. Origami became a popular art for everyone, no matter if they were rich or poor. However, the Japanese people have always been very careful not to waste anything. They have always saved even the tiniest scraps of paper and used them for folding origami models.

For centuries there were no written directions for folding origami models. The directions were taught to each generation and then handed down to the next. This form of art became part of the cultural heritage of the Japanese people. In 1797, How to Fold 1000 Cranes was published. This book contained the first written set of origami instructions which told how to fold a crane. The crane was considered a sacred bird in Japan. It was a Japanese custom that if a person folded 1000 cranes, they would be granted one wish. Origami became a very popular form of art as shown by the well-known Japanese woodblock print that was made in 1819 entitled "A Magician Turns Sheets of Birds". This print shows birds being created from pieces of paper.

In 1845 another book, Window on Midwinter, was published which included a collection of approximately 150 origami models. This book introduced the model of the frog which is a very well known model even today. With the publication of both these books, the folding of origami became recreation in Japan. 



Not only were the Japanese folding paper, but the Moors, who were from Africa, brought paperfolding with them to Spain when they invaded that country in the eighth century. The Moors used paperfolding to create geometric figures because their religion prohibited them from creating animal forms. From Spain it spread to South America. As trade routes were developed, the art of origami was introduced to Europe and later the United States. 



Today, master paperfolders can be found in many places around the world. Akira Yoshizawa of Japan is one of these. He is considered the "father of modern origami" because of his creative paperfolding. He also developed a set of symbols and terms that are used worldwide in the written instructions of origami.


The interest in origami continues to increase today. Just as the ancient Japanese found useful purposes for their origami models, so do we today. Origami will also be a part of our future as we look toward the millennium. The origami crane has become a global peace symbol.

 

SOURCE :http://library.thinkquest.org/5402/activities.html

 

 

 

~ Materials: Origamis ~



If you really want to make good origamis I can give a few advices on the type of paper you might want to use:


-Origami Paper, it’s the best you can get, but expensive.

-Gift Paper, it’s really useful, but it cannot be any type of paper, it has to be the one with a brown 

color on the back. Maybe the clerk at the store will think you just went bananas when asking for this,

but it really exists and that’s the one you need for your Origami. Normally the back part of the  

wrapping paper is white.

I usually advice people to use this type of papers because they’re easily to fold and to handle. So

when it comes to the folding part of the origami, the paper won’t have wrinkles all over it.

Once you have the paper part covered, you’d need to cut in these three sizes:

6″ x 6″
7″ x 7″
8″ x 8″
Origami so easy.If you keep practicing and do it.
What's more important are it's very fun and can make you feel happy.
So, what are you waiting for...
Star do it now !!
I'm so excited...
hehehe..





 

~THE TEN RULES OF ORIGAMI~






1. Pilihlah kertas yang tepat dan gunting @ potong mengikut saiz dan bentuk yang dikehendaki.

2. Selalu melakukan kerja dengan bersih dan teliti.


3. Setiap lipatan kertas perlu dilakukan dengan elok.That's why you need to work over a hard and smooth superface while folding the paper.

4. Kadang2 anda perlu mengemaskan setiap lipatan dengan mengunakan kuku jari tangan. Jadi, kerja kitaakan menjadi lebih senang.

5. Semakin berhati2 semasa anda melakukan lipatan origami ini semakin baik dan cantik hasil yang akan anda dapat.








6. Anda perlu mengikuti setiap langkah yang diberikan dengan tepat.

7. Anda tidak boleh melangkau langkah membuat origami seperti yang ditunjukan.
That’s why you always need to keep in mind your last and your next step throughout the whole process.

8. Anda perlu mengikuti sebetul2nya arahanyang diberikan.for example, the way the corners should be folded, how to fold the figure, etc.

9. Jika anda tidak pernah melipat atau berlatih membuat origami anda perlu bermula dengan melipat origami yang mudah dahulu @ basic origami.

10. Respecting every single rule and instruction, doing all the foldings in a neat and clean manner, anda pasti akan berpuas hati dengan hasil akan anda peroleh.



 This what I'd got...



~Origami~*NOW I'M ADDICTED*



Sekarang aku dah gila origami...
Dari tengah ari tadi aku wat sampai ke sakarang...
Iaitu tengah malam...
hhehe...
aku suka bab dia da macam2 corak yang aku suka...

Tak susah nak cari design..
Just Google it...
Taip origami...
hehehe...

Ni antara origami yang aku dah buat..
hehe,...

Korang alh comment ok ke x...
hehe

Ni aku yang buat...
Yg luv tie tu adik aku tlg warnakan...





Yang ni adik aku buat...
Aku tolong btlkn skit2...
hehehe(nak nama juga...hek999..)


smua ni aku cuma buat guna kets warna biasa ja...
Aku tak ge cri lg kets corak2..
Kalu aku dh buat yang bercorak...
Aku uploadkn nnti...
hehe...

Best buat origami...
Tak bosan...
Aku lupa habis keja len nak kena buat...
keja tusyen tak abis lagi buat...
hehehe..
Ni aku nak wat keja tusyen lak...
heheh..
Bye2....
C U again...


Friday, March 4, 2011

~ORIGAMI~ *I'M ALMOST ADDICTED TO THIS THINGS*



Aku ni bukan la rajin sangat nak melipat2 kertas..
Tapi bila dah lipat2 2 jadi bentuk yang menarik dan comel2..
2 yang leh sangkut dengan benda alah ni...
hehe..

Tadi aku teringat la nak bukak laptop ni dengan niat nak cari words yang aku tak tau maksudnya...
Alih2 aku teringat nak buka origami..
Tertangguhla apa yang aku nak nuat..
hahaha...

Ni aku nak tunjuk 2 hasil yang agak cun larh(perasan hahaha) yang aku dapat...

Ni yg petama aku wat.. cute right???ak trprasn..haha



Yang ni yg ke3... hehe..
Nmpak padat kan??
yang ni blh wt rantai atau gntung..
try tgk tutorial di bwh..
selamat mencuba...







Actually banyak lagi benda yang boleh dibuat..
Macam2 bentuk..
Macam binatang ,bintang,bunga dan lain2 lah...
hehe..
Kalau da ketas wana menarik lagi best nak wat..
hehe...


Wednesday, March 2, 2011

~Menjadi Perantau Di Negeri Sendiri... Pelik?? ~


Arini Rabu, 2 March 2011

Aku janji dengan kawan aku nak pergi teman dia amik ujian komputer untuk lesen memandu...
Aku , Aizat , Anas dan  ...................  pergi la Kangar...
Ingat setakat nak teman dia amik ujian tu..
Alang2 dah abis awal kami ge la melepak dekat KFC...
Kami memang suka sungguh lepak kat sana..
Nak tau bab apa???
 Sebab WIFI KFC menjadi tujuan kami..
hehhee...

Selalunya kuar Kangar mesti tuju KFC..
Bab da WIFI...
Lagipun ANAS dan AIZAT da laptop sendri leh la share...
hehe...
SHARING IS CARING, RIGHT??
Aku amik dari cita PISAU CUKUR...
Anas belum breakfast so dia ajak la kami ge makan kat mana2...
Mula2 ingat nak makan kat kedai biasa..
Tapi Aizat kata kedai yang Anas nak makan tu mahal...
hehe...
Actually bagi aku mahal kot mana pun kalau dah lapar tahap gaban aku sapu ja...

Den kami decide nak makan kat KFC je lah..
Bab leh guna WIFI trus..
Alas, WIFI die punya la lembap..
hohoho...
Dah free tu kami tak leh nak kata ap2 la..
hehe...

Abis merepek tu kami naik la THE STORE...
Nak ge jumpa kawan2 kami..
Kami jumpa dengan ZAKIYAH, MUSYANI N ZAHIDAH FUAD...

Aku  n ANAS hasut kawan aku swoh berenti keja..
Bab dia kata penat keja..
Cuma Tak sure nak berenti esok atau akhir bulan 3..

Aku hasut bukan la tanpa bersebab...
Aku suruh bab 2 @ 3 ary lepas dia kena ge hospital bab air dalam badan tak cukup..
Muka dia memang pucat dan tak larat nak wat apa2 pun..
Aku n ANAS memang marah la dia bab tak bagitau..
Masa kami ge rumah dia 2 ary lepas pun nampak pucat dan tak larat...

Sebelum kami balik..
Kami turun THE STORE tengok2 da PROMOTION NANO WHITE..




Bukan yang ni saja la diorang jual...
Complete set pun da...

Masa tu ada sesi soal jawab..
Bila dapat jawab dapat free sample yang macam atas tuh..
Tapi bukan lah sebesar tuh...
Cuma besar ni je...
Kedkut kan??
haha..
jangan marah ye...





Masa tu Aizat jawab..
Dapat la yang ni..
(actually dia tau jawapan bab dia tau jawapan dari orang yang duk tanya tu...hahaha..)
Dia bagi kat aku...
Aku kata aku duk pakai..
ok la..
Muka rasa lembut ja...
Thanx ya Aizat..

Dah abis tu kami ge KFC lak..
Kali ni makan tengah ary lak..
Aku n Aizat makan LUNCH SET n MOCHA KRUSHERS...




Ingat nak beli OREO tapi dah abis...
Memang kecewa tahap gaban lah..
tapi sedap gila...
haha...
Cuma RM 4.75...
aku promote nih...
Ni ada ciri2 jadi promoter berjaya nih..
ececeh...
hahaha...

Anas lak minum...
Air pepsi kowt...
hehe...
Nnti ge KFC nak beli OREO lak...
huhuhu...

Dah abis ON9 n makan kami ge umah ANAS...
Aku ge umah dia bab ri3 janji kat dia nak ge umah dia n bawa anak sedara dia ge taman mainan..
Tapi tak leh gak bab mak aku balik kul 5 ptg..
So, tak jadi..
Dia pun tak pa..
Dah kul 5 tuh aku minta tolong dia hantar ge sekolah...
Sebab apa ge sk??
Bab mak aku cg..
hehehe..



Setakat ni je lah aku nak cita...
hehe...

Kuar dengan kawan yang kita rapat n baik memang best...
hehe...




NUFFNANG