Pada zaman dahulu semasa zaman nabi Sulaiman A.S.
Semasa baginda mengadap segala rakyatnya (jin, manusia dan binatang) .Sulaiman berasa bangga pada diri. Lalu tertanya dalam hatinya, siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk padanya, lalu menjelma lembaga merah yang kelihatan gagah , hebat dan garang membuatkan Nabi Sulaiman A.S. terkejut dan menggeletar.
Sulaiman bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang berbahaya dari penyakit-penyakit lain. Dia diberi kuasa untuk memberi kesakitan kepada anak cucu adam . Ia juga
dapat menyerap ke dalam urat saraf , darah dan otak sehingga seseorang itu
hilang akal.
Sulaiman A.S. mengarah panglima-panglimanya membunuh lembaga itu ,
namun ia berkata bahawa ia tidak boleh dibunuh oleh sesiapa pun,lalu ia
menghilangkan diri.
Angin Ahmar masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari ini.
Cucu baginda, iaitu Saidina Hassan bin Ali yang pernah
terkena penyakit rongga dan keluar darah. Turunnya Malaikat Jibril memberitahu
bahawa Hassan terkena penyakit Angin.
Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ia
ghaib. Sebentar kemudian kembali memberitahu Rasulullah bahawa Allah
telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacakannya walaupun
sekali seumur hidup.
Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh.
Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada
umat Islam yang lain . Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah
berusaha mengamalkan doa ini seberapa kerap, terutamanya selepas solat. Sesetengah
ulama menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk atau pingan putih, kemudian di
basuh dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang terkena penyakit.
Dicreditkan kepada : Amira Diyana