MY LIFE ! !

Followers

Visited


Wednesday, April 11, 2012

Kematian Itu Pasti .!


Assalamualaikum semua,
Hey, apa khabar?? Sihat ?? macam mana kehidupan anda?? Iman anda?? Hehehe
Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.
Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Arini merupakan slah 1 hari yang amat sedih dalam hidup aku. Kenapa? Kerana jiran aku telah pulang ke sisi-Nya. Actually, susah juga nak terima sebab makcik tu seorang yang baik dan aku palin suka kepada masakan dia… memang sentap abis. Sedap sangat. Bersyukur aku da seorang jiran yang baik dan suka masakan makanan dan bagi dekat jiran terutama aku. Hehe

Tahukah anda? Kematian itu pasti. Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikan-Nya.Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu. Hakikat kematian seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia yang fana ini. Hanya apabila maut menghampiri, barulah manusia akan sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian.

Janganlah terlalu mengejar dunia ini yang hanya sementara sehingga melupakan akhirat. Sudah cukupkah amalan kita untuk menempuh dunia yang kekal selamanya? 

Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk mendustakannya. Firman Allah s.w.t :

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah: 08)


Ya akhi ya ukhti, bersediakah anda jika esok mahupun lusa anda ditentukan oleh-Nya untuk diambil nyawa oleh Izrail ? 

Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan di mana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (an-Nisa: 78)
 dan janganlah kita alpa kerana apabila tiba masanya nyawa kita akan diambil tidak terlewat sesaat mahupun terawal sesaat.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. " ( Surah al-A'raf ayat 34 ).


Bagaimana?
Sudah bersedia?
Sedar atau tidak?
Kematian itu pasti menjemput kita.

p/s : renungkanlah. dunia perlu di kejar juga, akhirat jangan dulupa. semoga kita beroleh rahmatnya. amin.



NUFFNANG