MY LIFE ! !

Followers

Visited


Saturday, May 14, 2011

Terima kasih LIPICE





Hello uolls,

Entry aku kali ni bertajuk TERIMA KASIH LIPICE. Kenapa aku kata macam tu? Sebab aku da send something kepada LIPICE. Aku send pon melalui facebook sebab aku buka facebook LIPICE ada dia wat promosi bagi LIPICE free.Tapi bukanlah sebesar yang original. Lebih kurang macam pek percubaan.. Aku penanh guna LIPICE  ni tapi gatal nak yang free jugak.. Hahaaha... Kalau nak harap mak aku beli dia takkan beli melainkan yang COSWAY punya. Huhuhu...

Apa pun Alhamdulillah sebab dapat juga. Ingatkan tak dapat sebab banyak sangat orang hantar untuk penyertaan. Aku ni bukan la gila sangat lipbalm tapi disebabkan cuaca panas memang memerlukan lipbalm. Mulut aku cepat kering. dan 1 maklumat yang aku dapat dan tak sangka ialah apabila bibir kita menjadi kering jangan jilat bagi kena air liur sebab air liur akan tersejat dan menyebabkan bibir jadi lagi kering. Maklumat ni dapat daripada web LIPICE....
Ni yang diorang hantar kepada aku >>>>>>>.........



Yang ni yang aku dapat. Comel kan??? Nak besar2 beli sendiri lol... hehehe...



Saiz dia dalam besar jari krlingking ja... Tapi memang comel..

Apapun Alhamdulillah. Terima kasih LIPICE. Teruskan usaha anda... wee...




Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day

         Owh nmpaknya aku dah terlambat nak post mengenai Hari Ibu. Walau apa pun tidak terlambat sangat sebab Hari Ibu sentiasa ada dalam hati aku sebab dia segala-galanya. Ibu bukan boleh nak cari ganti.

         Aku bukanlah seorang yang mengharapkan balasan dengan semua yang telah dilakukan. Cukuplah sekadar dengan menghormatinya dan mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan. Mama aku lebih bahagia dengan itu semua berbanding duit yang diberi (anak dia sorang pon tak keja lagi mai mana duit..hahaha...abis2 duit dia la yang kami pederas.. tpi dia tak kesah..kui3..)

Apa-apa pun ni ada sedikit poem yang ingin ditujukan kepada mama aku.





Many hugs
Only love never anger
Teaching me
Helping me
Every smile when I was sad
Raising me to be strong
It spells Mother. Thanks for being u.


They say that man is mighty,
He governs land and sea,
He wields a mighty spectre,
O’er lesser powers that be,
But a mightier power and stronger,
Man from his throne has hurled,
For the hand that rocks the cradle,
Is the hand that rocks the world.






Thursday, May 5, 2011

Owh no! Tepi rumah menjadi sarang **** ...



Bla bla bla.. Hahaha... agak2 korang jadi sarang apa ye tepi rumah aku tu? Untuk dijadikan cerita aku baru balik dari sk adik aku.Ge amik dia bab dia ada  KAFA. Masa aku balik tu aku duduk la dulu rehat2.Pastu tiba-2tiba adik aku datang kata . Kak Anis cepat2 tengok tepi rumah depa duk wat apa, euuuwww... Aku apa lagi terus la ge tengok.

Masyaallah aku mengucap panjang. Aku tak sangka nak jadi macam tu. Tepi tumah aku pula tu. Nak tahu jadi apa? Tengok bawah. Aku sempat snap gmbr senyap2.





Dua ekor tu sedang dating. Hahaha... Dan paling ketara ce tengok warna .. Betullah yang orang kata, CINTA ITU BUTA. Hahaha...  Actually, aku tak suka bapa kucing tu yang warna putih tu sebab beberapa tahun lepas dia telah membunuh anak-anak kucing kesayangan aku. Huwaaa... Aku sedih..






Kucing hitam : Apa tengok2? Kau tak puas aty apa? Aku tau aku menawan. Tapi aku taknak kau la.
Kucing putih : Kau cantik. Bab tu aku tengok. Tapi taknak lah , kau sombong.




 kucing hitam: Eeeeuuww..Apa kau ni? Ge la duk jauh2.Aku tak suka lah.shuuh2..
kucing putih: Sebenarnya aku tak sanggup. aku sayang kau lah.




Sebenarnya, bukan semua tu aku nak cita. Masa aku kuar aku tengok semua kucing dekat atas tu tengah bermain2. Dan paling aku tak sangka da 2 ekor anak kucing.Kenapa tak sangka? Sebab kalau da anak kucing area rumah aku sorry banyak dia nak hidup.Kebnyakan kena bunuh dengan bapak kucing. Memang comei. Geram tengok.
hehehe..

p/s: Sorry la. Tepi rumah aku tu bukan sarang maksiat.Cuma tajuk je.hehehe...

SEGMEN : Saya Sayang Blog Saya


SEGMEN : Saya Sayang Blog Saya




 



a) apa pentingnya blog dalam kehidupan korang..?

Blog merupakan medium saya meluahkan perasaan. So, orang baca dan memberi pendapat (walaupun jarang sangat diberi pendapat.huhuhu)
Blog juga merupakan medium saya memberi maklumat kepada sesiapa sahaja.Dan pada masa yang sama saya boleg mendapat maklumat dari blog diorang.
Blog merupakan Best Friend Saya di alam maya.



 b) apa istimewanya blog korang tu..? cer cite sikit..promote2...huhu         

Blog saya istimewa sebab semua yang saya tulis hasil usaha memerah otak untuk letak entry supaya saya selalu update (bukan senang taw!)
Saya suka bila orang comment dan saya akan relpy comment/s supaya saya sentiasa berhubung dengan commenter tu.




c) kenapa korang sayang blog korang..

Saya sayang blog saya kerana blog saya telah dihias dengan cantik bagi saya la...
Dan merupakan tempat saya merayau2 mencari maklumat dari blog orang lain.

Saya sayang blog saya kerana blog ini seperti anak saya yang sendiri lahirkan. cewah...
hehehe







Tuesday, May 3, 2011

Cek HP korang tu ori ke cap ayam !!



Apa yang perlu korang buat simple ja. Duk dalam tandas pon boleh. Tak payah susah2 pergi kedai. Kita buat cara mudah ja.

Pertama sekali korang amik HP korang dan sapa punya HP yang korang nak cek.
Ke-2 : Korang taip bnda ni *#06# then dial.

then tengok no siri yang korang dapat tu. Adakah no siri yang 7 atau 8 seperti di bawah:

Kalau no 7 dan 8 tu yang ni ----> 02 or 20 = BAD

Kalau no 7 dan 8 tu yang ni ----> 08 or 80 = NOT BAD

Kalau no 7 dan 8 tu yang ni ----> 01 or 10 = GOOD

Kalau no 7 dan 8 tu yang ni ----> 00 = BEST QUALITY

Kalau no 7 dan 8 tu yang ni ----> 13 = BAD N DANGEROUS FOR HEALTH

So, sebelum beli cek la dulu. Nak beli dulu baru cek pon boleh.

Btw, make sure ur series no. 00.

Walaupun aku guna HP China tp kualiti memang best. Nak tau aku dapat yang mana no siri ke7 dan 8??
hehehe... No. dia ialah ..........................   00 ... So,Hp aku memang BEST QUALITY lah... Thank God.
Aku bersyukur.Alhamdulillah.

p/s: aku harap maklumat diatas betul dan memberi manfaat. Insyaallah betul. Maklumat ni aku dapat dari 1 blog tapi lupa nak amik dia punya link. BTW, owner blog tu kalau da baca blog saya plis inform me. Thank 4 ur information.



 Tak sampai hati nak makan....

NUFFNANG