MY LIFE ! !

Followers

Visited


Thursday, April 28, 2011

Awak membuatkan saya happy arini...

Kenapa aku kata macam tu??
Sebab seseorang yang saya admire telah buat sesuatu yang membuatkan saya jadi gila meroyan..
Hahaha...
Nak tahu sapa??

!
!
!
!
!
!
!
!


TADA ...



  




Inilah orangnya.
Apa yang dia buat sehingga aku heppy??
Meh cni ramai2 aku nak bagitau..
Yang pertama:
Dia tegur aku dalam shoutbox..
hehehe...



Yang ke-2:
Sis NurulBadiah komen dekat entry aku..
Euuwww... Bestnyer...
Hehehe...
Thanx sis..


Kenapa aku gila sangat dekat Sis NurulBadiah??
Sebab dia seorg lawyer, dia cantik, dia baik, dia suka memberi nasihat dll lah..
Memang aku suka lah..


See, betulkan aku kata dia cantik..

Nah!! Ni lagi.. Cantik right??




p/s: sis awak sanagt cantik. memang cun. Alhamdulillah.. Saya sayang mama, ayah, bf, my BFF  n Sis too.. n my frewns.. Last but not least, all my follower... Lap uolls vry much...



Tips mudah mengingat ketika belajar (Radhi Rosli )

Assalamualaikum. Entry saya untuk kali ini ialah perkongsian tips-tips belajar kepada adik-adik yang masih belajar terutamanya kepada adik-adik yang belajar di luar negara.

Melanjutkan pelajaran di luar neg...ara memanglah menjadi idaman setiap pelajar, tak kiralah pelajar-pelajar sekolah menengah mahupun dikalangan adik-adik yang masih di bangku sekolah rendah. Berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara tidaklah bermaksud susah payah kita telah terbayar, malah sebenarnya ini bermaksud ada susah payah yang lebih besar bakal menanti kita dihadapan. Tidaklah saya bermaksud belajar didalam negara tidak susah, tapi dugaan dan cabaran belajar di luar negara ini perlukan kepada lebih kesungguhan dan konsistensi yang berpanjangan untuk berjaya.

Ingin saya kongsikan disini semoga menjadi panduan kepada adik-adik yang masih belajar di luar negara, ialah beberapa tips untuk mudah mengingat apa yang kita belajar. Seringkali kita bertanya kepada diri, “Kenapa apa yang aku baca ni susah nak ingat?” “Kenapa apa yang dulu dah baca, tapi bila dah dekat-dekat nak exam ni dah lupa dah?” “Urghhh, semalam dah baca, hari ni dah lupa dah!”, dan banyak lagi soalan-soalan yang timbul yang membuatkan kita “frust”.

Saya sangat memahami, belajar di luar negara ini memang susah. Lecture dalam bahasa asing, buku-buku rujukan yang ada pun dalam bahasa asing, tutorial dalam bahasa asing, soalan pepriksaan dalam bahasa asing, juga rakan-rakan sekelas adalah rakyat-rakyat asing. Tidaklah saya nafikan ada dikalangan kita yang mahir dan fasih berbahasa asing: Bahasa Inggeris, namun saya yakin majoriti daripada kita hanya pada tahap “cukup makan” sekadar melepasi par sahaja. Oleh itu, perlulah ada pendekatan ataupun tips yang boleh kita applikasi dalam teknik pembelajaran kita untuk mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan.

Antara tips-tips yang boleh digunapakai ialah:




Mula untuk belajar awal.

Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji. Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester? Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak ditambah lagi beberapa assignments yang akan due, tidak mustahil tetapi adalah sangat susah untuk mengingat ilmu-ilmu baru pada masa ini. Masa ini adalah masa yang sebenarnya sesuai untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah hafal atau tahu.

Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikhexam.




Mengulangkaji sedikit-sedikit.

Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.

Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. Contohnya: Isnin – Pneumonia, Selasa – COPD, Rabu – Asthma, Khamis – Pulmonary Embolism, Jumaat – Pneumothorax dan sebagainya, daripada terus untuk cuba menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory System sekaligus dalam masa sehari kemudian bertukar kepadasystem yang lain hari berikutnya. Dengan cara begini lebih mudah untuk kita memahami dan menghafal isi-isi penting berkaitan setiap topik-topik yang dibaca.




Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.

Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistemcardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.




Belajar menggunakan pelbagai deria.

Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin, teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.


Credit to : Radhi Rosli


Tips from HELIZA HELMI

 
Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hAzna iza syi'ta sahla
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” 
 
DUA BEFORE STUDYING

Allahumma infa’nii bimaa ‘allamtanii wa’allimnii maa yanfa’ unii. Allahumma inii as’aluka fahmal-nabiyyen wa hifthal mursaleen al-muqarrabeen. Allahumma ijal leesanee ‘amiran bi thikrika wa qalbi bi khashyatika. Innaka ‘ala ma-tasha’-u qadeer wa anta hasbun-allahu wa na’mal wakeel.

Oh Allah! Make useful for me what You taught me and teach me knowledge that will be useful to me. Oh Allah! I ask You for the understanding of the prophets and the memory of the messengers, and those nearest to You. Oh Allah! Make my tongue full of Your remembrance, and my heart with consciousness of You. (Oh Allah!) You do whatever You wish, and You are my Availer and Protector and the best of aid.
 
DUA AFTER STUDYING

Allahhumma inni astaodeeuka ma qara’tu wama hafaz-tu. Faradduhu ‘allaya inda hagati elayhi. Innaka ‘ala ma-tasha’-u qadeer wa anta hasbeeya wa na’mal wakeel.

Oh Allah! I entrust -You with what I have read and I have studied. (Oh Allah!) Bring it back to me when I am in need of it. (Oh Allah!) You do whatever You wish, and You are my Availer and Protector and the best of aid.
 
DUA WHILE STUDYING SOMETHING DIFFICULT

Allahumma la sahla illama ja-’altahu sahla wa anta taj ‘alu al hazana etha shi’ta sahla

Oh Allah! Nothing is easy except what You have made easy. If You wish, You can make the difficult easy.
 
DUA FOR ANXIETY

Allahumma inni a’oodhoo bika minal-hammi-walhazan. Wa’a oodhoo bika minal-ghammi-wal-kasal. Wa’a oodoo bika minal jubni wal bukhl. Wa’a oodhoo bikal min ghalabatid-dayni-waqarir rijal.

Oh Allah, I seek refuge in You from worry and grief, from helplessness and laziness, from cowardice and stinginess, and from overpowering of debt and from oppression of men.
DUA FOR DISTRESS

Allahumma rahmataka arjoo falaa takilnee ilaa nafsee tarfata ‘aynin wa aslih-lee sha’nee kullahu, laa ilaha illa anta

O Allah! It is Your mercy that I hope for so do not leave me in charge of my affairs even for a blink of an eye and rectify for me all of my affairs. None has the right to be worshipped except You.
 
Credit to HELIZA HELMI.
 
 

Semakan Ke Mtriks !!

Korang boleh buat semakan ke Matriks di sini :



Actually, aku dapat masuk Matriks. Alhamdulillah.Tapi cikgu aku kata Matriks pilihan yang terakhir.Cikgu aku siap susun dah yang mana pilihan utama. Ni antara senarai dari yang patut aku pilih dulu sehingga yang aku patut pilih last.Apa-apa pun jangan buat keputusan terburu-buru sebab nanti kita akan menyesal.

Ni senarainya ::_

1. Asasi a.k.a Foundation atau Masuk Form 6
2. Diploma
3. Matriks
4. Politeknik

Herm~~~
Aku sebolehnya tak mau masuk Form 6. Sebabnya aku tak mau pakai sekolah, tak mau ge kelas pagi2  buta, aku tak mau ge sekolah... Pokoknya aku tak mau ge sekolah !!!!! Hahaha...

So, aku harap aku dapat Asasi TESL. Kenapa bukan diploma?? Cikgu cakap bila amik diploma susah nak cari keja. So, kena pursue amik degree. Herm.. PTPTN tak kire lagi nak kena bayar berapa JUTA dah.
Sampai tua tak abis bayar melainkan laki aku nak bayar.Hahaha.. Bayar banyak2 sekali gus cepat abis..



Ni yang aku dapat bila buat semakan.
Nama kolej aku tutup..
hehe..
Nape???
Sebab aku segan nak tunjuk...
Aku dapat dekat-dekat dengan 'kampung' aku..
 Huh! Paling aku terkejut aku dapat kampus yang sama dengan hubby aku.
Kenapa terkejut??
Sebab dia dapat straight A sedangkan aku berapa ketul A ja..



Ni yang hubby aku dapat.
Herm..
sama aite??

Dah2 cita pasal ni..Kalau korang tak dapat korang boleh buat rayuan.

p/s: Tahniah kepada yang dapat tawaran Kepada yang tak dapat masih banyak peluang lagi yang menunggu anda. What u need to do juz grab it and work hard for that thing.




NUFFNANG