MY LIFE ! !

Followers

Visited


Thursday, April 28, 2011

Awak membuatkan saya happy arini...

Kenapa aku kata macam tu??
Sebab seseorang yang saya admire telah buat sesuatu yang membuatkan saya jadi gila meroyan..
Hahaha...
Nak tahu sapa??

!
!
!
!
!
!
!
!


TADA ...



  




Inilah orangnya.
Apa yang dia buat sehingga aku heppy??
Meh cni ramai2 aku nak bagitau..
Yang pertama:
Dia tegur aku dalam shoutbox..
hehehe...



Yang ke-2:
Sis NurulBadiah komen dekat entry aku..
Euuwww... Bestnyer...
Hehehe...
Thanx sis..


Kenapa aku gila sangat dekat Sis NurulBadiah??
Sebab dia seorg lawyer, dia cantik, dia baik, dia suka memberi nasihat dll lah..
Memang aku suka lah..


See, betulkan aku kata dia cantik..

Nah!! Ni lagi.. Cantik right??




p/s: sis awak sanagt cantik. memang cun. Alhamdulillah.. Saya sayang mama, ayah, bf, my BFF  n Sis too.. n my frewns.. Last but not least, all my follower... Lap uolls vry much...



Tips mudah mengingat ketika belajar (Radhi Rosli )

Assalamualaikum. Entry saya untuk kali ini ialah perkongsian tips-tips belajar kepada adik-adik yang masih belajar terutamanya kepada adik-adik yang belajar di luar negara.

Melanjutkan pelajaran di luar neg...ara memanglah menjadi idaman setiap pelajar, tak kiralah pelajar-pelajar sekolah menengah mahupun dikalangan adik-adik yang masih di bangku sekolah rendah. Berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara tidaklah bermaksud susah payah kita telah terbayar, malah sebenarnya ini bermaksud ada susah payah yang lebih besar bakal menanti kita dihadapan. Tidaklah saya bermaksud belajar didalam negara tidak susah, tapi dugaan dan cabaran belajar di luar negara ini perlukan kepada lebih kesungguhan dan konsistensi yang berpanjangan untuk berjaya.

Ingin saya kongsikan disini semoga menjadi panduan kepada adik-adik yang masih belajar di luar negara, ialah beberapa tips untuk mudah mengingat apa yang kita belajar. Seringkali kita bertanya kepada diri, “Kenapa apa yang aku baca ni susah nak ingat?” “Kenapa apa yang dulu dah baca, tapi bila dah dekat-dekat nak exam ni dah lupa dah?” “Urghhh, semalam dah baca, hari ni dah lupa dah!”, dan banyak lagi soalan-soalan yang timbul yang membuatkan kita “frust”.

Saya sangat memahami, belajar di luar negara ini memang susah. Lecture dalam bahasa asing, buku-buku rujukan yang ada pun dalam bahasa asing, tutorial dalam bahasa asing, soalan pepriksaan dalam bahasa asing, juga rakan-rakan sekelas adalah rakyat-rakyat asing. Tidaklah saya nafikan ada dikalangan kita yang mahir dan fasih berbahasa asing: Bahasa Inggeris, namun saya yakin majoriti daripada kita hanya pada tahap “cukup makan” sekadar melepasi par sahaja. Oleh itu, perlulah ada pendekatan ataupun tips yang boleh kita applikasi dalam teknik pembelajaran kita untuk mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan.

Antara tips-tips yang boleh digunapakai ialah:




Mula untuk belajar awal.

Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji. Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester? Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak ditambah lagi beberapa assignments yang akan due, tidak mustahil tetapi adalah sangat susah untuk mengingat ilmu-ilmu baru pada masa ini. Masa ini adalah masa yang sebenarnya sesuai untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah hafal atau tahu.

Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikhexam.




Mengulangkaji sedikit-sedikit.

Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.

Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. Contohnya: Isnin – Pneumonia, Selasa – COPD, Rabu – Asthma, Khamis – Pulmonary Embolism, Jumaat – Pneumothorax dan sebagainya, daripada terus untuk cuba menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory System sekaligus dalam masa sehari kemudian bertukar kepadasystem yang lain hari berikutnya. Dengan cara begini lebih mudah untuk kita memahami dan menghafal isi-isi penting berkaitan setiap topik-topik yang dibaca.




Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.

Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistemcardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.




Belajar menggunakan pelbagai deria.

Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin, teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.


Credit to : Radhi Rosli


Tips from HELIZA HELMI

 
Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hAzna iza syi'ta sahla
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” 
 
DUA BEFORE STUDYING

Allahumma infa’nii bimaa ‘allamtanii wa’allimnii maa yanfa’ unii. Allahumma inii as’aluka fahmal-nabiyyen wa hifthal mursaleen al-muqarrabeen. Allahumma ijal leesanee ‘amiran bi thikrika wa qalbi bi khashyatika. Innaka ‘ala ma-tasha’-u qadeer wa anta hasbun-allahu wa na’mal wakeel.

Oh Allah! Make useful for me what You taught me and teach me knowledge that will be useful to me. Oh Allah! I ask You for the understanding of the prophets and the memory of the messengers, and those nearest to You. Oh Allah! Make my tongue full of Your remembrance, and my heart with consciousness of You. (Oh Allah!) You do whatever You wish, and You are my Availer and Protector and the best of aid.
 
DUA AFTER STUDYING

Allahhumma inni astaodeeuka ma qara’tu wama hafaz-tu. Faradduhu ‘allaya inda hagati elayhi. Innaka ‘ala ma-tasha’-u qadeer wa anta hasbeeya wa na’mal wakeel.

Oh Allah! I entrust -You with what I have read and I have studied. (Oh Allah!) Bring it back to me when I am in need of it. (Oh Allah!) You do whatever You wish, and You are my Availer and Protector and the best of aid.
 
DUA WHILE STUDYING SOMETHING DIFFICULT

Allahumma la sahla illama ja-’altahu sahla wa anta taj ‘alu al hazana etha shi’ta sahla

Oh Allah! Nothing is easy except what You have made easy. If You wish, You can make the difficult easy.
 
DUA FOR ANXIETY

Allahumma inni a’oodhoo bika minal-hammi-walhazan. Wa’a oodhoo bika minal-ghammi-wal-kasal. Wa’a oodoo bika minal jubni wal bukhl. Wa’a oodhoo bikal min ghalabatid-dayni-waqarir rijal.

Oh Allah, I seek refuge in You from worry and grief, from helplessness and laziness, from cowardice and stinginess, and from overpowering of debt and from oppression of men.
DUA FOR DISTRESS

Allahumma rahmataka arjoo falaa takilnee ilaa nafsee tarfata ‘aynin wa aslih-lee sha’nee kullahu, laa ilaha illa anta

O Allah! It is Your mercy that I hope for so do not leave me in charge of my affairs even for a blink of an eye and rectify for me all of my affairs. None has the right to be worshipped except You.
 
Credit to HELIZA HELMI.
 
 

Semakan Ke Mtriks !!

Korang boleh buat semakan ke Matriks di sini :



Actually, aku dapat masuk Matriks. Alhamdulillah.Tapi cikgu aku kata Matriks pilihan yang terakhir.Cikgu aku siap susun dah yang mana pilihan utama. Ni antara senarai dari yang patut aku pilih dulu sehingga yang aku patut pilih last.Apa-apa pun jangan buat keputusan terburu-buru sebab nanti kita akan menyesal.

Ni senarainya ::_

1. Asasi a.k.a Foundation atau Masuk Form 6
2. Diploma
3. Matriks
4. Politeknik

Herm~~~
Aku sebolehnya tak mau masuk Form 6. Sebabnya aku tak mau pakai sekolah, tak mau ge kelas pagi2  buta, aku tak mau ge sekolah... Pokoknya aku tak mau ge sekolah !!!!! Hahaha...

So, aku harap aku dapat Asasi TESL. Kenapa bukan diploma?? Cikgu cakap bila amik diploma susah nak cari keja. So, kena pursue amik degree. Herm.. PTPTN tak kire lagi nak kena bayar berapa JUTA dah.
Sampai tua tak abis bayar melainkan laki aku nak bayar.Hahaha.. Bayar banyak2 sekali gus cepat abis..



Ni yang aku dapat bila buat semakan.
Nama kolej aku tutup..
hehe..
Nape???
Sebab aku segan nak tunjuk...
Aku dapat dekat-dekat dengan 'kampung' aku..
 Huh! Paling aku terkejut aku dapat kampus yang sama dengan hubby aku.
Kenapa terkejut??
Sebab dia dapat straight A sedangkan aku berapa ketul A ja..



Ni yang hubby aku dapat.
Herm..
sama aite??

Dah2 cita pasal ni..Kalau korang tak dapat korang boleh buat rayuan.

p/s: Tahniah kepada yang dapat tawaran Kepada yang tak dapat masih banyak peluang lagi yang menunggu anda. What u need to do juz grab it and work hard for that thing.




Wednesday, April 27, 2011

Aku dengki tau tak!! Aku jahat !!!!

Aku benci....!!!
Aku dengki....!!!
Kenapa jadi begini...?
Sampai hati tak tunggu aku...





Kenapa aku kata macam tu??
Sob sob...
Sedihnya...
Aku perlu tisu sebanyak 1 treller..
Sebab aku mungkin nangis sampai aku nak masuk universiti...
Huwaaa....



Aku kata macam ni sebab hampir semua orang sekeliling aku tukar handphone baru..
Aku ja belum lagi...
Yang tak tukar mak ayah aku dengan aku...
huhuhu..


Meh nak senarai nama dan jenis handphone yang diorang pakai...



Aizat Shazman a.k.a My hubby:

Camera : 5.0 MP


Nokia X2

 

Nur Anas Amalina:

 Camera : 3.15 MP

Nokia ExpressMusic 5800 touch phone
 
 
Nur Zakiyah Zahirah :
 
Camera : 2 MP
 
Nokia-C3

 

 Amira Diyana (My sis) :

Camera : 2 MP

 
 
 
Muhammad Razin Fikri (My bro) :
 
Camera : 3.2 MP


Nokia X2-01

 

Anis Diyana  (me): 

Camera : 1.2 MP

 
 
 N77 - China phone
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Sob3...
Sedih aku...
Aku pakai handphone biasa je..
Yang China Pulak tuh..
Huhuhu..


Tapi aku tak sedih dah..
hahaha..
Sebab apa??
Sebelum aku masuk Universiti Insyaallah mak ayah aku akan belikan handphone baru kepada aku.
Actually, da target beberapa jenis...
Antaranya :

Sony Ericsson Idou

Waaaaa..
cantik kan??? Lagi cantik kalau warna merah hitam..
Aku suka bab camera jenis cyber shot and 12.1 MP for camera..
Aku suke ..
Haha

1 lagi jenis ialah :
 
 
Nokia-X3

 
 
 
Kenapa aku pilih yang ni??
Sebab yang ni sama macam hubby aku punya phone, camera 3.2MP...
Bezanya cuma yang aku jenis slide...
Aku akan beli mana2 jenis handphone n warna merah hitam...
Yez..Aku suka..
Hahaha...
 
p/s: Doakan aku dapat salah 1 ye.. N kalau boleh lebih baik dari yang aku senarai ni..Amin..




Sunday, April 24, 2011

23 Jenis Perempuan Yang Lelaki Menyampah

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril
Lelaki pun ada rambut perang jugak. Merah, biru, kuning, bajet kool dan bajet adam lambert. Simpan rambut panjang2 pastu buat rebonding. Ingat kau perempuan? Kaum dah pupus, nak pupuskan lagi plak.

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?
Eh, yang kau tengok perempuan tu buat apa? Biarla dia nak pintal2 rambut. Rambut dia cantik..ngeh ngeh. Yang kau tu, turun dari motor, ambik gel style rambut depan cermin motor kat public. Ingat kool? Cermin kat rumah takde ye bang? Hahaha...

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh
Kau lah bodoh tengok dia. Dah satu album penuh nape kau tekan next2 jugak utk tgk dia. Sebab kau minat dia kan?kan?..booo! lelaki pun ada gak tangkap gambar tak pakai baju konon tunjuk muscle. Perempuan menyampah ok?macam dia sorang je ada badan ketul. Belum layak masuk bina badan pun…

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam s**t kau tahu tak
Yang kau tengok status dia jugak kenapa?delete la dia ke ape ke?senang hati kan?. Lelaki pun ada, “ermm malash la nak pegi semayang jumaat” cam hampeh!

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ( KFC,MCD etc..) ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying doh!
Kalau kau tak suka, pegi la makan tempat lain. Tak pon sebenarnya kau nak join skali kan? Huhu. Kau geram tengok awek cantik2 dalam group tu tapi sorang pun kau tak dapat.  Perempuan menyampah tengok lelaki yang suka kritik tapi sebenarnya hati nak sgt berkawan..malu tapi mahu..

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.
Dah memang abg misai tu pandang dia..kau sakit mental ke apa? Pakaian adalah hak individu. Yang kau pegi tengok jugak nape. Kutuk baik punya, sebenarnya kau pun tgk jugak. Pegilahh!

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..
Tak de keje nak wat ke.

8. Kau pakai tudung tapi kau spakai jean yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk..Malu lah sikit..

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'
Sakit mental betul takleh tgk orang happy. Huhu. Kang betul2 pompuan tu tulis dia tgh berak memang kau nak tambah satu lagi perkara yang buat lelaki menyampah kan?. Perempuan menyampah kat lelaki yang menyebok!

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'
Cakap je la kau nak in relationship ngan dia tapi tak dapat2. Sebab kau pun muka pecah.. boo! Perempuan menyampah pada lelaki yang penakut!

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun
Eleh, lelaki pun awal2 relationship semua benda dia nak angkut. Beg tanganlah, shopping beg la..kalau boleh pompuan tu skali dia nak angkat. Dh bf dgn senang aty nak angkat... Suke atilah...

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau
Stalker tu kau lah. Dah perempuan tu cantik, kau muka pecah. Terima ajelah kenyataan tu. Again, perempuan menyampah dengan lelaki yang suka menyebok!

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang
Kenapa?kau nak tahu apa yang dia bisik?dia cakap kau bajet handsome..perempuan menyampah kat lelaki yang bajet handsome. Style out!

14. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'
Kaulah pegi tegur budak tu..kau pun mesti nak kawan dengan hot stuff je kan?bapak hipokrit!

15. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka poyo
Sebenarnya kau jealous sebab minah tu tak tenung- tenung kau. Sebab kau tak ada daya tarikan. Perempuan menyampah kepada lelaki yang tak ada daya tarikan macam kau. Padan muka.

16. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot
Bukannya kau yang kena bayar. Ada duit kau habis?

17. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?
Alah, lelaki pun ada je yang tak pandai pasang lampu, sembelih ayam, sembelih lembu, jadi imam. Kadang- kadang perempuan lagi pandai.

18. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau
Lelaki pun ada cerewet. Nak beli baju taknak jenama carefour. Paling busuk nak beli kat parkson. Padahal style kau beli sama je. Seluar jeans kecik kat bawah. Macam itik panggang aku tengok.

19. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau
Lelaki pun ada bunuh diri. Tulis surat, bunuh diri kat bangunan plaza masalam.

20. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau
Lelaki pun lepak dengan sekutu rempit, lelaki takde masa depan kau kat shopping kompleks. Usha tgk awek. Nampak awek je, “pssp pspp” atau buat bunyi cium. Bodoh. Pastu gelak ramai2. Perempuan menyampah tau tak? Dah la tak ada masa depan. Ada hati nak kacau anak dara orang yang dah masuk universiti. Sapa nak??!!

21. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..
Bapok belakang lorong haji taib tu kaulah. Dah tak ada duit nak sara hidup. Kau pun satu level la dengan perempuan2 tu.
Sis Nurulbadaiah said: im not type of girl which like to be "liked" or "wanted"!!saya pakai comel ke..saya pakai macam hantu mak limah ke..saya naek kereta ke.saya naek beskal ke..saya make up ke..adalah sebab saya menghargai diri saya dan untuk memuaskan hati saya..bukan saya buat utk menarik org supaya suka and mahukan saya.ada faham??
22. Pakai baju sikit lagi nak 6pak sesuatu yang tak sepatutnya didedahkan...lengan himpit bagi terkepit..pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bodoh sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk. narakka jahanam
Padan muka kau masuk neraka. Yang kau pegi tengok jugak kenapa?terliur kan? Perempuan menyampah kat lelaki yang cerita kat orang keburukan perempuan tu. Padahal dia nak kat perempuan tu sebenarnya. Macam shit.

23. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot
Samelah macam kau. Ala tark hensem pun…hensem sikit je. Ambik gambar pun angle dari atas. Tak lelaki tulen, lelaki gay. Sesuai sangat. =)

credit to:
www.facebook.com/leklumedia
www.leklumedia.com


Hanya untuk tatapan korang....
Tak da nak burukan sesiapa..
Cuma nak share...
Da yang list tak sepatutnya aku delete.
Da yang guna vulgar language so, aku delete ja..
Kalau ikutkan 24..

Tulisan wana hijau tu aku saja highlight-kan.
Tulisan biru tu aku tambah atau edit.



Friday, April 22, 2011

Bioglo Goats Milk Facial Cleanser The Best For Me




Hai semue....
Rini nak share sikit pasal pencuci muka diatas.
Sebelum ni aku asyik duk bertukar2 pencuci muka.
N the worse is I dont care using a different type of cleanser.
Aku suka tukar2 pencuci muka..
Aku rasa nak try yang mahal aku beli.
Aku rasa nak yang biasa2 ak beli.
aku tak kisah sama mungkin sebab muka aku sesuai dengan banyak pencuci muka.
Antara jenama yang aku dah try Olay,Safi,Garnier,Oxy, Simple,Clean n Clear dan bayak lgi lah.
Yang jenama untuk laki pon aku hantam juga..
Tapi yang atas the best.
Lepas cuci rasa lembut je.
Jerawat n blackhead muka aku pon dah nak hilang.

Ni serba sedikit mengenai Bioglo Goats Milk Facial Cleanser.

  • Menanggalkan kotoran dari permukaan dan menjadikan kulit bersih tanpa bahan sisa dengan lembut.
  • Mengembalikan secara alami kekencangan dan kesehatan kulit.
  • Kulit menjadi halus dan lembut.
p/s: Kalau nak rasa apa yang aku rasa try la..hehehe...



Aktinviti Joging Bertukar Jadi Photoshoot

Good after uolls....
Aku ni sebenarnya tak berapa nak idea nk menulis..
Nak tulis pasal apa yang aku dah buat mesti korang boring..
Tapi yang ni je lah aku tau...
Aku nak copy n paste agak kureng asam..
Apa2 pun aku update gak..
Thanx kepada sesiapa pun yang sudi baca..
Tak kira la korang nak comment atau tak..
Tapi kalau korang komen aku tau sapa rajin jalan2...

Disebabkan duduk rumah amat memboringkan jadi aku dan kawan2 sekolah rendah kuar g jogging..
Kami plan lama dah nak ge tapi tak sempat.
Baru2 ni aku dan kawan aku da interview.
Actually diorang ni kawan2 baik aku masa sekolah rendah dan sampai sekarang.
Diorang ialah SALSABILA, SITI FATIMAH dan ZAHIDAH..

Aku ni da banyak BEST FREWNS.
Yang sekolah menengah pun da.
ANAS dabn ZAKIYAH for sure.
N of coarse my hubby , AIZAT.

Tadi aku, Salsabila, Fatimah n Zahidah janji berjumpa di Denai atau Titi Gantung (Perlis).
Kami plan nak pergi berjogging.
Aku, Fatimah dan Zahidah ingat berjogging macam selalu orang buat la.
Tapi bagi Salsabila jogging dia pergi lepak2,makan2 n snap a lot of picture as we can.
Then, dia pon bawa sikit makanan ..
So, kami tak jadi jogging.
Kami jadikan sesi Photoshoot pagi tadi.
Penat menggalahkan jogging 3 km.
Macam2 pose kami kena wat.
Tapi tak kisah bab cantik2 gambar.
But! Kami cuma pakai bj biasa n sport shoe..
Waaa....
hahaha...

Lepas ni kena plan betul2 plan bagi memastikan kami memakai baju yang betol!!!
Bukan slalu nak dapat orang wat photoshoot..

Gambar ?!!
Sorry, buat masa ni tak ada kat aku.
Ada dekat kawan aku.
Dia nak tapis dulu yang mana ok untuk di simpan n upload.

        N !!!!
Aku jumpa Aizat Shahmi ...
Bakal abang ipar aku !!!
Waaaa...
Sory, tak tegur..
Tak sampai aty nak tegur..
Satgi kata apa pulak...
Segan nak tegur...
Tapi, kawan2 aku kata Aizat Shazman n Aizat Shahmi kembar !!
WHAT ?!!
NO LA...
Diorang bkn kembar.
Sorang adik sorang abang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ni ganbar yang aku da snap masa ge jalan2 dulu...
Just simple..
Tapi sungguh bermakna...




















p/s: thank you for reading...


Monday, April 18, 2011

Foundation in TESL

About Foundation in TESL

The TESL programe is basically a preparotary program set for preparing students for the degree program afterwards. However, after completing this program, it's not compulsory for them to take up degree in TESL. During ASASI, students would be more focused into brushing up their language proficiency level and in indentifying and correcting their own grammatically errors.

Thank you LINDONUT for your information.

          Erm, Kenapa tiba2 aku rini post entry mengenai FOUNDATION IN TESL? Sebabnya aku terima terima mesej untuk semak temuduga untuk Foundation in TESL.Pada hari Ahad yang lalu, aku telah menghadiri temuduga. Gila siot. Aku takut. Tapi Alhamdulillah diorang mulakan dulu dengan ujian bertulis selama sejam. So, sempat aku prepare aku buat apa-apa yang patut. Tapi yang paling teruk aku nak muntah-muntah lepas amik ujian bertulis sebab nervous sangat. Aku nervous gila sebab dalam list aku no 2 yang kena interview untuk PANEL 3 (My interviewer's room).


Ni lah akuw.. Nape? Tak caya? Kite bako je!
Suka atilah. Hahaha.. 

          Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kenapa berjalan dengan lancar? Sebabnya aku ge naik kereta bukan kereta lembu. Hahaha... Juz kidding. Sebabnya my interviewer kena interview lebih kurang sepuluh orang lagi sebelum aku kena interview. So, aku da masa nak buang rasa takut, hafal perkataan yang selalu digunakan, tanya dekat orang dah kena interview apa soalan yang ditanya, doa banyak-banyak, sebut Allah sampai aku dapat semangat and sooooooooo on...

         Masa mula-mula aku tengok surat interview aku tak tau nak apa melainkan buat apa-apa yang patut mengenai benda yang akan diorang minta dan cakap BI sorang2 macam aku dah tak betol. Esoknya ayah aku bagi 2 set kertas.Dia suruh study apa yang blogger tu tulis yang dia dah print atas ketas. Ni antara ketas yang ayah aku dah bagi.










          Actually, da several things yang aku dah salah masa jumpa interviewers. Antaranya, aku masuk-masuk terus terpacak depan dia sebab mungkin dia nak sijil-sijil aku dengan segera, selepas abis kena interview aku ge kat dia pastu salam macam salam dengan mak aku. Hahaha... Punya sopan sampai melanggar tatasusila.

       

       Aku punya time yang ditulis dalam surat panggilan temu duga pukul 2 ptg. Ujian bertulis sejam jadi aku kena temu duga dalam kul 3 la. Tapi masa aku ge tu ramai gila yang ge. Aku sepatutunya kena mula ditemu duga around 3 o'clock aite? But, aku kena panggil masa kul 6.15 dah. Hahaha.. Bayangkan kalau orang panas baran tunggu macam tu. Aku rasa abislah lecturer tu kena belasah. Tapi aku tak kisah sangat sebab time tu aku gelabah gila. Jadi tak rasa penat sangat nak tungu.


        Yang paling aku tak sangka aku keluar dengan senyuman yang puas. Bcoz, aku dah try sedaya upaya untuk prepare. Aku balik dengan perasaan yang puas dan bersyukur sangat. Meh aku nak bagi soalan2 yang interviewer tu bagi dekat aku.

1.Tell me about yourself.

2.Please explain to me about you parent?

3.Who inspired you to take TESL?

4.Does TESL your main choice?

5.What have you done after SPM towards English?

Memang tak sangka dia nak tanya semua ni sebab semua ni aku dah prepare and hafal atu2 ayat tu sampai lancar dekat mulut. Thank god.

 
       Aku nak berterima kasih sangat2 kepada cikgu2 yang mengajar aku [tak kira cikgu tuition atau sekolah], bf and best friends aku[Aizat,anas,zakiyah,salsabila] dan semua yang dah bantu aku.

Aizat : Dia nak aku mesej and cakap dalam bi. Jadi aku ikut.
Anas : Rajin post and komen dalam BI. So, aku leh tumpang apply BI aku yang berserabut tu.
Zakiyah : Nak aku komen dalam BI. Aku hantam je sama dia dalam BI.
Salsabila : Hampir setiap malam call aku. Call aku bukan cakap melayu tau. Fully speaking in English.




Wednesday, April 6, 2011

Plis Jangan Mengadu @ Complaint Jika Hantaran Mahal !!!1

Salam u olls...N gudmorning too...
Selepas penat BW merata2 ak on9 fb jap...
Hari ini aku teringat nak post something...
Idea ni aku dapat semasa tengah mengoreng something... Nak tau ke??? Tak payah la..Satgi korang jelez plak bab aku masak sedap... Hehehe... > Anybody plis slap me now !!! Hahaha..

Okey2 berbalik kepada isi N3 aku rini ak nak cakap sesuatu mengenai 
Mengapa si suami perlu menghargai isteri @ Kalau hantaran yang tinggi diorang perlu terima Atau 
discuss elok2 dengan keluarga bakal isteri...


Isteri ialah pelengkap kepada suami...
Ececeh... hehehe
Plis la kepada yang berkahwin jangan jadi seorang isteri derhaka atau nusyuz...
Hormatlah suami korang tu sebaiknya..
Jangan sampai orang len amik baru nak meraung..
Masa tu tak ada guna dah..
begitu juga si suami...

Erm~~~
Actually entry kali untuk Kaum Lelaki @ Si suami...

Mengapa Si Isteri Begitu Berharga Kepada Si Suami
@
Mengapa Si Suami Perlu Menghargai Si Isteri

 1.Suami : Ayang, buatkan abang air teh.Abang dahaga la.Penat hari ni,Banyak keja.
   Isteri   : Okey abang. Kejap ye...[selepas beberapa minit]
                Ni airnya abang.
   Suami  : Terima kasih ayang..Muah2.. Hehehe

Korang bayangkan kalau tiap2 kali habis kerja korang pergi kedai order teh kat kedai.Dalam masa setahun berapa banyak dah duit korang yang habis??? Kalau korang kawin dah dekat 20 tahun.Korang hitung la berapa banyak korang save duit sebab ada seorang isteri yang sanngup melayan korang....


2.Setiap hari korang mesti makan kan? Takkan tak makan kot. Makan pagi, tengah hari, petang ,malam.
   Bayangkan korang dah jimat berapa ribu dalam setahun??? Kalau dekat kedai hari2 makan ak tak tau la
   berapa juta korang abis...Heheh juta lak.. Hahaha..
   Tu tak kira lagi 'makan tengah malam' korang. Ehem2.. Faham2 je la no... Aku tak mau mention..
   So, kalau korang masih tak mahu menghargai isteri korang memang biadap....


 
3.Dan yang paling korang kena ingat korang dah amik masa diorang.Maksud aku masa korang kawin 
   dengan dia umur dia masih muda.Dan mungkin masa tu kawan2 isteri korang masih berseronok dengan
   masa muda mereka.. Bila dah kawin mesti korang wat hal suami isteri. Ha, lagi 1 pengorbanan diorang.
   Melayan korang sebaiknya. So, I hope u oll [si suami] jaga, hormat n hargailah isteri korang.


4.Wah, cantik lah baju yang korang pakai tu.Tak ada kedetan pun.Jaga sungguh isteri korang ye.
   Baju korang tu sapa yang basuh? Sapa yang jemurkan? Sapa yang seterika? Sapa yang tolong lipat  
   kemudian simpan dalam wardrobe korang tu?? Sapa9??
   Of course isteri korang kan?? So, hargailah...




 Herm, masihkah kaum adam mahu mengadu atau complain kta hantaran mahal lah, 
tinggi lah, tak munasabah lah...
Kalau si isteri tak ada hidup korang tak terurus taw. Tambah2 yang isteri korang tu suri rumah..
Mesti complete keja yang diorang wat...

Korang kira tengok..
Antara hantaran dan semua yang korang bayar masa hari perkahwinan dulu 
dengan semua yang isteri korang buat yang mana lebih banyak menggunakan duit n pengorbanan???
Dan jangan lupa total selama mana korang hidup dengan isteri korang....

 Isteri juga perlu menghargai suami. Dan taat kepada suami.Jangan nusyuz.Isteri dan suami sama2 memerlukan jangan tengok kekurangan tapi lihatlah kebaikan, pengorbana diorang..

p/s: hehehe..Aku wat entry pasal suami isteri lak plak.. hehehe... Ini untuk renungan semua ye..
      Aku belum da pengalaman..Hehehe







NUFFNANG